What To Look For? In A PreSchool Program?

Farah Waheda Wahid
0
WHAT TO LOOK FOR IN A PRESCHOOL PROGRAM

Memang banyak jer tadika yang tumbuh bagai cendawan selepas hujan sekarang ni. Pilih jer nak yang mana satu, pilih jer yang mana berkenan di hati, pilih jer yang mana yang sesuai dengan bajet, pilih jer yang mana dirasakan yang terbaik dan bersesuaian untuk anak-anak masing. Nak dekat? Nak jauh? Nak yang islamik? Nak yang montessori? Nak yang ala-ala sekolah antarabangsa? Nak yang glamour? Nak yang famous? Manalah kita nak tahu bagaimana judgement ibu bapa kan di dalam pemilihan tadika untuk anak-anak? Masing-masing ada selera masing-masing dan keinginan masing-masing.

Jujur Farah nak confess… Farah tak pilih yang glamour, yang famous, yang mahal semata-mata nak menunjukkan diri Farah ni mampu ataupun apa. Semua tu tak termasuk langsung dalam senarai! Sikit pun tak terfikir. Kalau pilih glamour, kalau pilih famous, kalau pilih mahal semata-mata Flirt male itu semua adalah nak menunjuk-nunjuk namanya! Kalau glamour, kalau famous, kalau mahal tetapi tidak dapat memberikan manfaat kepada perkembangan semasa anak pun tak ada gunanya ya tak? Yang dihantar tu anak. Untuk pendidikan anak. Bukan untuk ibu bapa bermegah-megah ataupun menunjuk-nunjuk. Betul tak?

Pertama! Seperti kebiasaan yang sememangnya majoriti ibu bapa lakukan adalah survey. Sebelum nak hantar anak-anak ke tadika, zaman sekarang ni memang ibu bapa kena rajin melakukan research dan juga survey. Kena kenal, kena tahu, kena faham, kena kaji dan kena turun padang sebelum mengambil sebarang keputusan nak menempatkan anak di mana-mana tadika. Tak kiralah tadika tu mahal ke? Murah ke? Mahal tidak semestinya bagus. Murah tidak semestinya tidak bagus. Kena ingat perkara ni. Yang jadi kayu pengukur kita sebagai ibu bapa sebelum menghantar anak ke mana-mana tadika sekali pun, sebenarnya banyak sudut yang perlu diambil kira. Bukan semberono main hantar macam tu jer… Asalkan masuk tadika sudahhh… Tak boleh macam tu! Surprised smile

Walaupun pendidikan adalah bermula dari rumah… Peringkat tadika adalah peringkat penting juga di dalam proses membentuk rentak serta corak pembelajaran anak-anak. Farah tak kata pun yang tadika tu tak bagus, tadika ni bagus, tadika ni tak bagus, tadika tu bagus…Takkk…Jangan salah faham… Apa yang cuba Farah sampaikan adalah… Apa yang kita mahu untuk pendidikan awal anak-anak kita semua masing-masing? Sudut mana yang kita tekankan? Perspektif mana yang kita lihat? Apakah kebaikannya pada anak kita yang boleh kita anticipate atau harapkan? Ini bukan soal ukur baju di badan sendiri… Ini soalnya kebaikan yang bakal didatangkan kepada perkembangan pendidikan anak-anak.

Farah faham… Tidak semua ibu bapa akan bersetuju dengan cara bagaimana Farah melihat dan juga mengambil keputusan untuk memilih tadika untuk Iman Firash baru-baru ini. Pandangan kita berbeza-beza dan pendapat kita juga berbeza-beza. Mana nak sama ya tak? Sedangkan rambut pun tak sama warnanya inikan pula pandangan mata hati serta fikiran ya tak?

Apa yang Farah lakukan adalah menggunakan checklist sebagai panduan di dalam membuat pertimbangan di dalam pemilihan tadika buat Iman Firash. Asalnya dari checklist yang Farah dapati dari sumber di Google.

WHAT TO LOOK FOR IN A PRESCHOOL PROGRAM
Sila Klik Untuk Imej Lebih Jelas

Ini adalah sebagai panduan asas sahaja. Tadika yang baik untuk anak-anak adalah tadika yang mengolah pembelajaran mengikut perkembangan semulajadi kanak-kanak. Penting juga untuk kita sebagai ibu bapa memahami bagaimana kanak-kanak berkembang supaya kita tidak terlalu menekan anak dengan expectation yang bukan-bukan dan tidak realistik.

Farah tak adalah pandai dan berpengalaman sangat punnn… langkah baru sahaja bermula… akan tetapi apa yang boleh Farah katakan, bagi yang ingin menghantar anak ke tadika islamik supaya anak menghafal Al-Quran, mahir berbahasa Arab dan sebagainya, checklist ini juga penting. Apa yang perlu kita lahirkan bukan hanya anak-anak hafiz dan hafizah semata-mata tetapi juga menjadi hufaz Ulul Albab yang boleh berfikir dengan kritis dan kreatif, yang penuh empati dan juga memiliki skil penting dalam kehidupan.

Tadika mahal tidak semuanya bagus, tadika berjenama tidak semuanya bagus, tadika murah juga tidak bermaksud tidak bagus dan tidak berkualiti. Betul tak? Yang membanding-bandingkan sebenarnya ibu bapa… Yang meletakkan gred sebenarnya ibu bapa…Tak perlu semua itu… Kalau bayar mahal-mahal, kalau tadika terkenal mana sekalipun kalau ibu bapa tak memantau perkembangan semasa pendidikan anak tak menjadi juga… Sebenarnya banyak faktor yang menyumbang kepada perkembangan pendidikan anak-anak…Bukan tempat di mana mereka diberikan pendidikan awal semata-mata…

Semoga perkongsian ini dapat memberikan sesuatu kepada ibu bapa yang bakal menghantar anak-anak masing-masing ke tadika pada masa terdekat dan juga akan datang… Winking smile

Post a Comment

0Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !