Author




Versi Dikemaskini:  6 Februari 2021

Bubblynotes - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger adalah diselenggara dan dikemaskinikan oleh seorang ibu kepada seorang anak lelaki yang berusia 7 tahun 3 bulan iaitu Farah Waheda Wahid. Dilahirkan pada 24 November 1982 dan merupakan anak tunggal yang mula berblog seawal 2006 lagi.

Di antara blog-blog yang pernah diselenggara dan dikemaskinikan oleh Farah adalah:

·        My Life Celesta (2006 - 2008)
Blog di dalam Bahasa Inggeris yang telahpun ditutup kepada tatapan umum.

·       Senorita Diaries (2008 - 2010)
Blog di dalam Bahasa Inggeris dan Melayu yang telah ditutup kepada tatapan umum.

·        My Wedding Tickers (2010 - 2011)
Blog di dalam Bahasa Melayu yang berkongsi info serta tips-tips berkenaan dengan persiapan, langkah dan juga info alam perkahwinan yang telah ditutup kepada tatapan umum.

·        My Pregnancy Tickers (2013)
Blog di dalam Bahasa Melayu dan Inggeris yang berkongsi tentang info, perjalanan serta tips alam kehamilan serta kelahiran yang mana kemudiannya telah ditutup dan digabungkan artikel-artikel yang berkenaan di dalam Bubblynotes - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger. 

Bubblynotes - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger telah diwujudkan pada 2010 dengan nama asalnya Furra's Bubblynotes. Dalam tempoh 2010 sehingga pertengahan 2012, Furra's Bubblynotes menggunakan domain blogspot.com yang mana pada 10 Jun 2013, ianya telah bertukar kepada domain sendiri iaitu www.bubblynotes.com sehingga kini.

Blogger separuh masa yang memang berminat serta terlibat di dalam bidang penulisan semenjak dari bangku sekolah di dalam pelbagai medium yang boleh digunapakai. Tidak kira sama ada melalui pertandingan esei, menyertai pasukan editorial sekolah dan yang berkaitan. Minat di dalam bidang penulisan itu tidak terhenti setelah tamat alam persekolahan serta universiti tetapi diteruskan melalui medium baru iaitu blog.

Bubblynotes - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger, diwujudkan dengan tujuan menjadikan ia medium perkongsian mengenai pengalaman sebenar, "personal insights", info, tips, panduan serta informasi yang bermanfaat buat pembaca.

Latar Belakang Pemilik Bubblynotes - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger

Menerima pendidikan awal di Tadika Capital, Jalan Gurney pada tahun 1988 yang mana kemudiannya, pendidikan rendah di SRK Jalan Gurney 2, Kuala Lumpur dari tahun 1989 sehingga 1994. Setelah itu, mendapat pendidikan peringkat menengah di SMK Convent Bukit Nanas, Kuala Lumpur bermula dari Disember 1994 sehingga 1999. Meneruskan pengajian di dalam bidang perakaunan dan merupakan graduan dari Universiti Teknologi MARA.

Mempunyai pengalaman bekerja selama lebih dari 18 tahun dengan beberapa pengalaman di dalam industri yang berbeza bagi mempelbagaikan kemahiran serta pengalaman kerana percaya pada dasar "grab" segalanya selagi masih berpeluang. Ringkasan sejarah pekerjaan yang pernah diceburi:

- Pembantu Tadbir (Admin Assistant)
- Sales & Marketing Executive, Glomac Berhad
- Executive, Billing & Recovery Division to the Executive Director of Finance (SYABAS)
- Event Coordinator & Manager
- Executive, Billing (Head - South Zone), SYABAS Petaling
- Secretary to Executive Director
- Confidential Secretary to Operations Director
- Executive Assistant to Chief Operating Officer
- Senior Administrative Executive
- Senior Executive & Personal Assistant to General Manager / Director / CEO

Mendirikan perkahwinan pada 4 Julai 2012, yang mana kini bakal mencecah ke tahun ke-9 tahun. Bertukar status kepada seorang ibu pada 26 November 2013 setelah melahirkan seorang bayi lelaki seberat 2.86kg melalui kaedah pembedahan LSCS akibat komplikasi yang disahkan sebagai Plasenta Previa Tahap II.

Kini sedang meneruskan pengajian di dalam Bachelor (Hons.) Business Administration majoring Human Resource Management di Universiti Teknologi MARA secara sambilan.

Sebarang pertanyaan mengenai Bubblynotes - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger dan juga pertanyaan mengenai advertorial / review / pengiklanan:

bubblynotes@gmail.com

Platform Media Sosial:

Instagram: FARAHWAHEDA
Facebook: FarahWaheda Wahid
Twitter: @ladiefarah

Post a Comment

18Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Ok dah kenal.. Alamat rumah??? Haha...

    ReplyDelete
  2. hewhew hi kak farah waheda <3 hehehehe

    ReplyDelete
  3. owh kita sebaya rupanya..ahaks..punya lama dok reply komen ni baru baca farah punye intro diri..hahah..

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum farah,
    laa.. zaza pun bru tau kita sebaya jgak rupanya hihihi.. bru ushar intro diri farah. apa pun all the best!

    ReplyDelete
  5. baru nak kenal-dh bc entri farah mcm2, tetiba hr ni terklik bab ni..hihihi..salam kenal..eh tetiba ;-))

    ReplyDelete
  6. baru jumpa blog farah....& baru ada masa nak baca2 entry dlm ni...hai farah,zura di sini...salam perkenalan

    ReplyDelete
  7. huyo! Impressive seh. Nak sign boleh???

    ReplyDelete
  8. Salam perkenalan kak Farah...suka baca blog akak thumb up.

    ReplyDelete
  9. okay.. ngam.. dah kenal.. nanti boleh lepak stabak kopi kopi.. hee~ turunkan ilmu plis..

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !