Ulang Tahun Ke-40 Happy Meal - McDonald's Kembali Dengan Permainan Ikonik Yang Lalu!

Farah Waheda Wahid
0

Tak pasti sama ada nak melompat kegembiraan atau nak menitiskan air mata bersempena dengan ulang tahun ke-40 Happy Meal – di mana McDonald's kembali dengan permainan ikonik yang lalu! Nak tau kenapa? Sebabnya Happy Meal dan juga permainan ikonik yang lalu tu sangat simbolik kepada kasih seorang ayah yang bernama Wahid Bin Harun kepada seorang anak perempuan tunggalnya Farah Waheda Binti Wahid. Membesar dengan memori indah bersama Happy Meal dan juga hampir kesemua permainan ikonik yang pernah dijual bersama-sama dengan set hidangan Happy Meal, kasih sayang seorang ayah tersadur bersama-sama. Bila dapat tahu yang kini permainan ikonik berkenaan bakal kembali ke pasaran ada rasa gembira kerana sebagai collector setia Kak Fa berpeluang mengumpul kembali permainan ikonik yang pernah dijual oleh McDonald's bersama set hidangan Happy Meal untuk Firash tetapi di dalam masa yang sama terus segar ingatan ikatan kasih sayang di antara Kak Fa dan juga arwah Papa. Sobsss...


Memang betullah McDonald's ni memainkan peranan sebagai salah satu penjalin kasih sayang turun-temurun. Dari arwah Papa kepada Kak Fa, dari Kak Fa kepada Firash. The moments that counts... Memori kasih sayang tu. Besarnya impak McDonald's kepada kehidupan rakyat Malaysia. Kak Fa percaya setiap keluarga di Malaysia pasti ada cerita yang tersendiri yang berkaitan dengan permainan ikonik McDonald's yang lalu. Now they're back!


Ulang tahun ke-40 Happy Meal membawa McDonald's Malaysia kepada pelancaran edisi terhad Surprise Happy Meal bermula dari 28 November 2019 ini. Setiap Surprise Happy Meal akan mengandungi salah satu permainan koleksi dan edisi terhad yang berikut:

Cowboy McNugget, Fireman McNugget, Mail Carrier McNugget Dari Tahun 1988:



Hamburger Changeable Dari Tahun 1989, Grimace Dari Tahun 1990:



Dino Happy Meal Box Changeable Dari Tahun 1991, McDonald's Hot Wheels Thunderbird (Mattel) Dari Tahun 1993:


Hamburglar Dari Tahun 1995, Space Jam Bugs Bunny (Warner Brothers) Dari Tahun 1996:


Patti The Platypus (Ty Beanie Baby) Dari Tahun 1997, My Little Pony (Hasbro) Dari Tahun 1998:


Tamagotchi (Bandai) Dari Tahun 1998, Furby (Hasbro) Dari Tahun 1999:


Hello Kitty (Sanrio) Dari Tahun 2013:

Gambar ehsan dari Yuyu Zulaikha

Menurut Naib Presiden dan Ketua Pegawai Pemasaran McDonald's Malaysia, Puan Melati Abdul Hai:


Kami sangat teruja membawa rakyat Malaysia mengimbas kembali detik-detik manis dengan mainan-mainan paling ikonik Happy Meal pada masa lalu, seperti Beanie Babies dan Tamagotchi. Kanak-kanak mahupun orang dewasa pasti seronok dengan kemunculan kembali mainan dari era 1980-an dan 1990-an ini. Ia semestinya membangkitkan nostalgia, lebih-lebih lagi para pelanggan yang menyukai Happy Meal semasa zaman membesar mereka.

Kak Fa percaya memang jualan Surprise Happy Meal ni akan meletup lah...Terutama yang sama naik dengan Kak Fa...Anak-anak yang lahir dari era 80-an dan membesar dalam era 80-an dan 90-an. Dia bukan sebab nak main permainan tu sangat tau sebenarnya (bagi Kak Fa lah), it is more like sentimental value dan momento sake. Am I right? Jawabnya bakal hari-hari lah Kak Fa singgah McDonald's sama ada waktu makan
,tengah hari ataupun waktu selepas balik dari kerja. Demi semata-mata Kak Fa nak lengkapkan keseluruhan 14 jenis permainan ikonik dulu-dulu dari McDonald's Malaysia. Jangan berebut dengan Firash sudahlah...Ha ha ha...Tapi potensi tu ada!


Membuka kotak Happy Meal sering menjadi detik keriangan seisi keluarga, dan ia mewujudkan satu hubungan istimewa antara ibu bapa dan anak-anak mereka. Bagi kami, Happy Meal bukan sekadar menu yang kami tawarkan – ia juga membantu mewujudkan kenangan terindah atau ‘feel good moments’ di kalangan keluarga - Puan Melati Abdul Hai, Naib Presiden dan Ketua Pegawai Pemasaran McDonald's Malaysia.



Kak Fa setuju! Memang sangat betul pun statement Puan Melati tu. Memang budaya McDonald's merapatkan hubungan kekeluargaan. Contohnya melalui Parties @ McDonald's Malaysia yang menyediakan ruang untuk rakyat Malaysia dari pelbagai peringkat umur untuk mengadakan pelbagai sambutan seperti majlis hari jadi, majlis perjumpaan semula atau majlis perpisahan di restoran-restoran McDonald’s terpilih di seluruh negara. Sambutan-sambutan ini merupakan peluang bagi orang ramai berkumpul untuk mencipta dan menikmati detik-detik manis bersama keluarga, sahabat dan orang tersayang.

Selain Parties @ McD, McDonald’s Malaysia juga menyediakan Meetings @ McD dimana para pelanggan boleh menggunakan restoran-restorannya sebagai tempat mengadakan mesyuarat di luar pejabat. Canggih kannn? Memang pengerat silaturahim betul McDonald's Malaysia.

Pelanggan boleh menempah restoran McDonald’s sebagai lokasi pilihan untuk parti atau mesyuarat melalui aplikasi McDonald’s, yang boleh dimuat turun di Play Store dan Apple Store, atau di laman web McDonald's Malaysia di www.mcdonalds.com.my

Awww.... Kemunculan kembali permainan ikonik McDonald's bersempena dengan ulangtahun ke-40  Happy Meal ni, betul-betul membuat hati Kak Fa terusik. Ehhh...jangan lupa tau... Standby! 28 November 2019 ni kita serbu ramai-ramai McDonald's dan dapatkan koleksi permainan ikonik dulu-dulu dari McDonald's tu bersama-sama!

Post a Comment

0Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !